Laporan Hari Ucapan Dan Penyampaian Hadiah

  • Published on
    06-Jan-2016

  • View
    22

  • Download
    0

DESCRIPTION

report

Transcript

<p> Laporan Hari Ucapan dan Penyampaian Hadiah Sekolah Menengah Kebangsaan Taman Panglima, Taiping, Perak Sekolah Menengah Kebangsaan Taman panglima telah mengadakan Hari Ucapan dan Penyampaian pada hari Sabtu bersamaan 3 Februari 2009. Majlis itu diadakan dengan tujuan untuk menghargai kejayaan dan kecemerlangan pelajar-pelajar sekolah ini dalam bidang akademik dan kokurikulum. Pada majlis tersebut pelajar-pelajar yang mencapai kejayaan cemerlang dalam kedua-dua bidang tersebut akan diraikan dan menerima hadiah masing-masing. Majlis ini merupakan tradisi tahunan sekolah ini dan menjadi program wajib sekolah. Sebelum majlis ini diadakan, pihak sekolah yang terdiri daripada Pengetua, Penolong Kanan, Penolong Kanan Hem, Penolong Kanan Kokurikulum dan Penolong Kanan Petang telah menentukan kategori hadiah yang akan diterima oleh pelajar-pelajar. Para pelajar akan dipilih berdasarkan kriteria tertentu. Setelah kategori penerima hadiah ditentukan, pihak sekolah telah mengadakan tapisan bagi menentukan penerima hadiah pula. Pembelian dan pembungkusan hadiah telah diadakan beberapa hari sebelum majlis diadakan. Urusan hadiah ini telah diuruskan oleh Pn.Sopiah Ismail dan ahli jawatankuasanya. Selain itu, persiapan pentas dan dewan diuruskan oleh Pn.Ayu Mawarni Hashim bertujuan menyerikan lagi majlis ini. Pada hari yang ditetapkan, majlis dimulakan tepat pada jam 9.00 pagi. Majlis ini dimulakan dengan upacara menyambut kehadiran tetamu kehormat dengan paluan kompang oleh pelajar-pelajar asrama. Tetamu kehormat ialah Tuan Haji Mat Lazim Idris yang merupakan Pegawai Pendidikan Daerah. Pada tahun ini beliau telah diundang untuk merasmikan majlis ini. Beliau merupakan tokoh pendidik yang amat berjaya di peringkat kebangsaan. Beliau dijemput untuk merasmikan majlis ini dengan tujuan untuk memberi motivasi kepada para pelajar sekolah ini agar berusaha dengan gigih demi mencapai kejayaan yang cemerlang. Majlis Hari Ucapan dan Penyampaian Hadiah ini dimulakan dengan ucapan Yang Dipertua PIBG iaitu En.Ahmad Kenek. Dalam ucapannya beliau menasihati para pelajar agar berusaha d engan gigih bagi memenuhi harapan ibu bapa mereka yang ingin melihat kejayaan anak-anak mereka. Dalam ucapan Puan Pengetua iaitu Puan Rahimah Jamaluddin pula, beliau mengajak guru-guru dan para pelajar berusaha mengharumkan nama sekolah dengan mencapai kejayaan cemerlang dalam bidang akademik dan kokurikulum. Manakala dalam ucapan perasmian, Tuan Haji Mat Lazim telah menggesa para pelajar meneruskan tradisi kecemerlangan sekolah ini sebagai salah sebuah sekolah tertua di kawasan Larut Matang dan Selama dengan pelbagai kejayaan dan kecermelangan. Beliau ingin melihat sekolah ini terus melahirkan generasi muda yang berjaya dalam pelbagai bidang. </p>