Laporan AJK Hadiah & Cenderamata Semasa

• Published on
23-Jan-2016

• View
72

• Download
1

DESCRIPTION

Transcript

Kejohanan Merentas Desa

Kejohanan Merentas Desa2015

LAPORAN AJK HADIAH & CENDERAMATA Nama AJK Hadiah & Cenderamata:1. Chua Ming Kiet (K)2. Syazwani binti Sebli3. Nur Azmina binti Bedian4. Shirly ak Nirau5. Siti Zaleha binti Zaba@ba Jaba6. Catherine Ngui You Ling7. Ngui Ching Ching8. Nurshaheeda binti Mohamad Abdul KadirLaporan semasa.Kami telah bekerjasama dengan jawatankuasa peralatan untuk menguruskan meja dan kerusi yang untuk meletak semua hadiah dan sijil. Kumpulan ahli kami semua bekerjasama mengaturkan semua hadiah tajaan dan bungkusan sijil yang telah disediakan sebelum ini. Selain itu, kami juga meminjam dulang daripada pensyarah kami untuk meletakkan hadiah dan cenderamata semasa sesi penyampaian cenderamata dan cabutan bertuah. Kotak untuk cabutan bertuah juga siap disediakan dan disusun atur di kaunter hadiah.

Kami berjaya mengaturkan semua hadiah dan cenderamata. Tetapi dalam proses pembahagian bungkusan sijil menghadapi sikit masalah iaitu kumpulan pencatat pemenang haruslah mengenal pasti dua kali bahawa 40 pemenang yang pertama tidak menggunakan jalan ringkas untuk mencapai garis penamat. Selepas itu, kami baru dapat memberi bungkusan hadiah kepada mereka dengan kupon yang ada pada mereka. Tetapi keadaan ini sangat cepat diselesaikan kerana pengerusi sentiasa meronda di sekitar kami untuk memastikan semua stesyen kami dijalankan dengan lancar maka masalah ini dapat diselesaikan dengan pantas.

Selepas itu, kami juga menghadapi masalah dengan ada peserta yang tidak mengambil sijil penyertaan mereka kerana mereka salah faham yang tiada kupon bermaksud tidaj ada sijil bersama dengan pingat. Walaupun bagi peserta yang tidak mendapat kupon selepas 40 pemenang yang pertama, maka peserta yang selepas itu masih berhak mendapat satu sijil penyertaan. Keadaan ini juga senang diselesaikan selepas ketua kami berkomunikasi dengan jurumajlis kami. Jurumajlis melaporkan keadaan ini dengan mikrofonnya untuk mengambil pehatian semua peserta yang tercicir mengambil sijil penyertaan mereka. Akhir kata, keadaan ini juga dapat diselesaikan dengan mesra. Kami juga menekankan bahawa tiada pengganti yang boleh mengambil sijil penyertaan untuk rakan mereka sebagai satu keadilan.

Satu masalah yang besar ditimbulkan semasa sesi penyampaian hadiah adalah jawatankuasa pencatat pemenang tidak berkomunikasi baik dengan jurumajlis bahawa kategori terbuka iaitu peserta dari SMK Batu Lintang tidak seharusnya naik pentas untuk mengambil sijil kerana sijil mereka memang sudah diberi semasa di kaunter hadiah kami. Keadaan ini dijalankan hampir separuh baru diketahui oleh pencatat pemenang dan kumpulan kami juga berasa sangat hairan dengan orang yang naik pentas untuk mengambil hadiah. Ini adalah kerana sesi itu adalah sesi untuk pensyarah IPG kami untuk menerima sijil penyertaan. Masalah ini akhirnya pun selamat diselesaikan dengan bantuan pensyarah pembimbing dan jurumajlis terus melompat ke sesi yang seterusnya.

Kami juga meminta maaf dengan guru pembimbing SMK Batu Lintang atas kesilapan kami dengan tidak berkomunikasi baik antara beberapa stesyen ini baru menimbulkan keadaan ini berlaku. Nasib baik semua peserta memang mendapat pengiktirafan yang sepatutnya mereka mendapati. Disebabkan oleh segelintir peserta yang tidak hadir pada hari itu, maka terdapat bungkusan sijil yang lebih.

Komunikasi di antara satu sama lain adalah sangat penting terutamanya penganjuran program yang sebegini. Selain itu, kesabaran dan toleransi juga memain peranan yang penting supaya segala aktiviti yang telah dirancang dapat dilaksanakan dengan lancar. Sekiranya terdapat apa jua saja masalah atau keadaan yang berlaku secara tiba-tiba, maka kami dapat menyelesaikannya dengan kerjasama semua dan bukan menyalahkan sesama diri. Tambahan pula, teguran dan bimbingan pensyarah juga banyak memanfaatkan kami sebagai satu pengetahuan yang agak baik untuk penganjuran program kami sesuatu ketika nanti selepas kami berada di sekolah lain.

Sebagai penutup, kami berasa amat bertuah kerana menjadi salah seorang ahli jawatankuasa pengelola dan telah banyak menimba ilmu khususnya dalam bidang cenderamata dan hadiah. Semoga ilmu yang kami perolehi ini dapat dimanfaatkan dengan sebaiknya apabila kami ditempatkan di sekolah kelak.

Lampiran

Rajah menunjukkan semua sijil-sijil dan hadiah yang telah disediakan di kaunter hadiah semasa program Merentas Desa.

Laporan disediakan oleh,

Catherine Ngui You LingSetiausahaJawatankuasa Hadiah & Cenderamata Kejohanan Merentas Desa 2015IPG Kampus Batu Lintang.

5Jawatankuasa Hadiah & Cenderamata