Contoh Laporan Program Sabah

  • Published on
    20-Nov-2015

  • View
    13

  • Download
    1

DESCRIPTION

laporan program

Transcript

  • LAPORAN AKTIVITI

    PROGRAM LAWATAN SAMBIL BELAJAR (KEBUDAYAAN) KE SABAH

    ANJURAN JAWATANKUASA PEMBANGUNAN KELUARGA (PERBADANAN ASET

    KERETAPI)

    PUSPANITA KEMENTERIAN PENGANGKUTAN MALAYSIA

    TUJUAN

    Kertas ini bertujuan untuk membentangkan Program Lawatan Sambil Belajar

    (Kebudayaan) ke Sabah yang telah dilaksanakan oleh Jawatankuasa Pembangunan

    Keluarga PUSPANITA Cawangan Kementerian Pengangkutan serta perbelanjaan yang

    telah dibuat bagi menjayakan program berkenaan

    Program Lawatan Sambil Belajar (Kebudayaan) Ke Sabah telah dihoskan oleh

    Perbadanan Aset Keretapi dengan matlamat untuk Penganjuran program lawatan ini adalah

    bagi mencapai objektif yang telah digariskan iaitu:-

    i) Mendedahkan ahli-ahli PUSPANITA Cawangan Kementerian Pengangkutan

    Malaysia dengan lebih dekat mengenai suasana kehidupan masyarakat di

    negeri Sabah khususnya daripada segi sosial, ekonomi dan kebudayaan,

    ii) Menjalin dan mengeratkan hubungan silaturahim di antara ahli-ahli

    PUSPANITA Cawangan Kementerian Pengangkutan Malaysia dengan

    masyarakat khususnya kaum wanita di Sabah,

    iii) Menyertai dan mempelajari aspek kebudyaan dan kesenian negeri Sabah

    khususnya semasa perayaan Pesta Keamatan; dan

    iv) Menimba pengalaman, memahami dan menghayati konsep perpaduan kaum

    selaras dengan gagasan 1Malaysia.

    PENYERTAAN

    Program ini dibuka penyertaannya kepada semua ahli PUSPANITA Cawangan

    Kementerian Pengangkutan. Sambutan yang diterima terhadap penganjuran program ini

    adalah memuaskan dengan penyertaan seramai 30 ahli sejajar dengan sasaran yang telah

    ditetapkan oleh pihak penganjur. Antara jabatan/agensi yang menyertai program ini ialah

    Perbadanan Aset Keretapi, Kementerian Pengangkutan dan Jabatan Laut Semenanjung

    Malaysia. Bayaran sebanyak RM550 telah dikenakan terhadap setiap peserta yang

    mengikuti lawatan ini.

  • PERUNTUKAN KEWANGAN

    Bagi menjayakan program ini, peruntukan kewangan sebanyak RM2,900 telah

    diterima daripada pihak PUSPANITA Kementerian Pengangkutan. Peruntukan yang telah

    diberikan itu digunakan untuk menampung kos pengangkutan para peserta sepanjang

    tempoh lawatan dan kos pentadbiran. Ringkasan mengenai agihan peruntukan yang

    diterima adalah seperti jadual di bawah.

    BIL.

    PERKARA

    HARGA (RM)

    JUMLAH (RM)

    1.

    Kos Pengangkutan

    600.00 x 4 hari

    2,400.00

    2.

    Pelbagai

    500.00

    500.00

    Jumlah Keseluruhan

    2,900.00

    AKTIVITI-AKTIVITI

    Program lawatan ini telah diadakan pada 28 hingga 31 Mei 2010 (Jumaat-Isnin).

    Para peserta diminta berkumpul di Lapangan Terbang Tambang Murah (LCCT) pada pukul

    8.30 pagi dengan penerbangan masing-masing dijadualkan pada pukul 10.30 pagi dan

    11.10 pagi menggunakan Air Asia. Peserta tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kota

    Kinabalu pada pukul 12.30 tengahari dan 1.10 petang dan kemudian di bawa ke Ibu Pejabat

    Jabatan Laut Sabah untuk sesi taklimat dan jamuan makan tengahari. Kemudian para

    peserta bertolak ke daerah Beaufort untuk acara seterusnya. Setibanya di Beaufort kira-kira

    pukul 8.00 malam, para peserta disambut oleh ahli jawatankuasa penganjur Majlis Muhibah

    Ria Mayang Parlimen Beaufort di Rumah Rehat Kerajaan Beaufort. Pada malam itu, para

    peserta telah diraikan dalam Majlis Muhibah Ria Mayang Parlimen Beaufort di Dewan

    Janang Gayuh, Kampung Kukut, Beaufort. Pelbagai jenis persembahan kebudayaan

    masyarakat tempatan telah disajikan oleh penduduk setempat antaranyan tarian Bisaya,

    persembahan Kulintang, Gambus dan persembahan kebudayaan 1 Malaysia yang

    dibawakan khas oleh pelajar-pelajar Kumpulan Seni dari Sekolah Menengah Kebangsaan

  • Beaufort 2. Selain menyaksikan persembahan kebudayaan yang berwarna-warni, para

    peserta turut dipelawa untuk turut serta dalam persembahan kebudayaan itu merasai

    keenakan makanan tradisi masyarakat di daerah itu.

    Pada keesokkan harinya (29 Mei 2010) para peserta di bawa melawat Tapak Tamu

    Mingguan Beaufort untuk melihat pelbagai barangan dan hasil pertanian yang dijual

    masyarakat setempat. Antara hasil pertanian yang menarik yang boleh dilihat adalah

    ambuyat, lokan, umbut rotan, pelbagai jenis siput dan kerang serta belacan Beaufort yang

    sangat terkenal. Selepas itu, para peserta di bawa melawat ke Daerah Kuala Penyu dan

    Menumbok merangkumi lawatan ke Kampung Ulu Sekalong untuk melihat usaha

    penternakan ikan dalam sangkar yang diiktiraf paling berjaya di dalam Parlimen Beaufort,

    lawatan ke Kampung Laut Membakut untuk meninjau usaha menyediakan makanan kering

    dan ikan liking oleh Biro Pembangunan Wanita Daerah Mengundi Menumbok dan menyertai

    sambutan Hari Keluarga. Para peserta juga dihidangkan dengan makanan tradisional

    masyarakat di daerah ini serta pelbagai jenis tarian antara yang terkenal adalah tarian

    manok-manok. Kesemua program ini telah diurus seliakan oleh PUAN HAJAH JOHAIR BT

    MATLANI selaku Pengerusi MAYANG Parlimen Beaufort merangkap Pengerusi Biro Latihan

    dan Pembangunan Sosial UMNO Bahagian Beaufort.

    Pada sebelah petangnya, para peserta bertolak ke Kundasang untuk meneruskan

    sesi lawatan ke daerah itu yang sememangnya terkenal dengan aktiviti pertanian tanah

    tinggi. Setibanya di sana, para peserta menginap di Biro Tata Negara Kundasang.

    Lokasinya yang berada di kawasan tanah tinggi memberikan suasana yang nyaman dan

    selesa kepada para peserta. Pemandangan gunung-ganang yang menarik dengan

    hamparan ladang-ladang sayur yang menghijau selain deretan gerai-gerai menjual pelbagai

    jenis hasil pertanian termasuk bunga-bungaan sememangnya menarik perhatian para

    peserta. Aturcara diteruskan dengan lawatan ke kaki Gunung Kinabalu. Walaupun tanpa

    kasut dan pakaian yang sesuai ada sebahagian peserta telah berjaya sampai ke kaki

    Gunung Kinabalu dengan hanya berjalan kaki yang sejauh kira-kira lima kilometer termasuk

    Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Keluarga Puan Rohani Harun. Kesempatan untuk

    bergambar dengan berlatar belakangkan gunung tertinggi di Asia itu tidak dilepaskan para

    peserta. Peserta kemudiannya dibawa menjamu selera di Mount Kinabalu Heritage Resort &

    Spa tajaan Lembaga Pelabuhan-Pelabuhan Sabah. Selepas itu, para peserta bertolak ke

    Kota Kinabalu dan menginap di Asrama Rumah Pembangunan Masyarakat Sabah. Pada

    sebelah malamnya para peserta dijamu dengan makanan yang enak-enak di Hotel Hyatt,

  • Kota Kinabalu hasil tajaan MAHB. Dalam majlis itu, para peserta turut beramah mesra

    dengan wakil-wakil dari MAHB yang hadir meraikan rombongan kami.

    Hari terakhir, para peserta berpeluang menghadiri perayaan Pesta Keamantan di

    KDCA, tempat berlangsungnya acara yang menjadi perayaan utama penduduk di Sabah. Di

    sana para peserta berpeluang untuk melihat rumah tradisional pelbagai suku kaum di Sabah

    dan juga barangan kraftangan mereka. Setiap kali melawat ke satu-satu rumah tradisional

    itu, para peserta berpeluang melihat pelbagai keunikan kebudayaan mereka daripada

    pelbagai aspek seperti peralatan muzik, pakaian, barangan perhiasan, senjata dan cirri-ciri

    istimewa rumah tersebut. Peserta juga berpeluang membeli cenderamata dan makanan

    tradisional yang turut dijual di sana. Sebelum meninggalkan KDCA, para peserta turut

    berkesempatan melihat peserta-peserta pertandingan Ratu Cantik yang menjadi acara

    kemuncak sambutan perayaan itu. Selepas itu, lawatan diteruskan dengan sesi taklimat oleh

    Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Negeri Sabah dan jamuan makan tengahari yang

    diadakan di ibu pejabat JPJ. Sebelum bertolak pulang, para peserta dibawa membeli belah

    ke Pasar Filipina yang terkenal dengan pelbagai hiasan diri berasaskan mutiara, hasil laut

    dan barangan kraftangan masyarakat tempatan.

    Atas kerjasama dan sokongan semua pihak, PAK selaku Jawatankuasa

    Pembangunan Keluarga berjaya menganjurkan program ini. Program ini banyak memberi

    pendedahan dan membuka mata para peserta mengenai kebudayaan pelbagai suku kaum

    di Sabah khususnya semasa berada di Beaufort. Selain itu, peluang untuk melihat aktiviti

    ekonomi penduduk di ketiga-tiga daerah itu juga telah menambah pengetahuan dan

    membuka mata para peserta untuk melihat bagaimana penduduk khususnya kaum wanita

    menjana ekonomi keluarga. Di harapkan dengan adanya aktiviti seumpama ini di masa-

    masa akan datang, ahli-ahli PUSPANITA akan dapat menambahkan ilmu pengetahuan

    mereka mengenai kekayaan yang dimiliki masyarakat Malaysia.

    Disediakan oleh:

    AJK PUSPANITA

    PERBADANAN ASET KERETAPI

  • JUMLAH PERBELANJAAN

    PROGRAM LAWATAN SAMBIL BELAJAR (KEBUDAYAAN) KE SABAH

    ANJURAN JAWATANKUASA PEMBANGUNAN KELUARGA (PERBADANAN ASET

    KERETAPI)

    BIL.

    PERKARA

    HARGA (RM)

    JUMLAH

    (RM)

    1.

    Kos Pengangkutan

    500.00 x 4 hari

    2,000.00

    2.

    Pelbagai

    (bayaran telefon, pembelian ubat-

    ubatan, kenderaan (sebelum

    program), pembelian kertas,

    cetakan buku program, fotostat,

    barangan untuk cenderamata,

    hiasan dan lain-lain kos

    pentadbiran)

    900.00

    900.00

    Jumlah Keseluruhan

    2,900.00